icon-search
  • iman-publication-buku-kenapa-kerja-tak-habis-habis-bagaimana-obsesi-mengejar-kejayaan-akhirnya-membebankan-diri-by-dr-amir-syahir-fakhrur-radzi-201618-37366125002905
  • iman-publication-buku-kenapa-kerja-tak-habis-habis-bagaimana-obsesi-mengejar-kejayaan-akhirnya-membebankan-diri-by-dr-amir-syahir-fakhrur-radzi-201618-37366125035673

Kenapa Kerja Tak Habis-Habis?: Bagaimana Obsesi Mengejar Kejayaan Akhirnya Membebankan Diri - Dr. Amir Syahir & Fakhrur Radzi

RM 31.50
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Penulis: Dr. Amir Syahir & Fakhrur Radzi
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2023
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459989
Bil. Muka surat: 227 m/s
Format: Paperback
Harga: RM35.00
Berat: 0.2kg

Sinopsis

“Aku dah penat berusaha, tapi kenapa ini saja yang aku capai ...?”
“Hidup aku saja ke yang stuck? Orang lain semua macam dah berjaya.”

Mungkin kita pernah rasa yang hidup semua orang lain sepertinya lebih bahagia daripada kita. Dibandingkan dengan kawan-kawan seusia, ramai antara mereka sudah berjaya pada usia muda. Tak macam kita yang masih belum jumpa rentak untuk hidup pun lagi.

Kita mula rasa yang kita tiada pilihan selain daripada struggle dan hustle untuk menjadi yang terbaik dalam segenap aspek kehidupan. Namun, senarai apa yang nak dikejar itu sepertinya tidak pernah berkurang, bahkan semakin bertambah!

Apakah ada apa-apa yang boleh dilakukan agar kita dapat mengecapi kebahagiaan seperti yang dinikmati orang lain?
Bagaimana pula caranya untuk kita berhadapan dengan rasa sesak dan lelah ini?

Melalui buku Kenapa Kerja Tidak Habis-habis? ini, para penulis menyedarkan kita tentang hakikat kehidupan masa kini yang sememangnya membebankan akibat lambakan tugasan dan rutin harian; seterusnya menggariskan kepentingan mempelajari kemahiran untuk kita memperbaiki kualiti hidup agar setiap hari yang dilalui akan menjadi lebih bermakna.

Your cart is currently empty.
Continue shopping