• 63.png
1

Sejarah Terpendam: Kemunculan, Kebangkitan dan Perkembangan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia - Dr Maszlee Malik

Regular price
RM 48.00
Sale price
RM 48.00
Regular price
RM 0.00

Tajuk: SEJARAH TERPENDAM

ISBN: 9789672007432

Penerbit: ILHAM Books & Kawandanet

Penulis: Dr Maszlee Malik

Tahun Terbitan: 2022

Bil. Muka Surat: 272

Berat (kg): 0.4

Dimensi (cm):

Harga: RM48.00


Sinopsis/Deskripsi :

Sejarah Terpendam: Kemunculan, Kebangkitan dan Perkembangan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia adalah sebuah buku yang menceritakan "kisah belakang tabir" JIM, NGO yang sering dikaitkan dengan kisah-kisah infiltrasi ke atas gerakan Islam yang lain.

Latar sejarah menjadi kanvas penulisan buku ini, di mana segala yang berkaitan dengan JIM, sama ada inspirasi ideologi, motivasi, sejarah dan peristiwa yang menyebabkan penubuhan, pahit getir keterlibatan mereka sehinggalah pembubaran JIM yang membawa kemunculan pertubuhan lanjutan mereka, iaitu Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dikupas berdasarkan sumber dari para aktivis, pemimpin dan mereka yang terlibat secara langsung dengan JIM, segala pertubuhan yang mendahului JIM dan mereka yang terlibat selepas pembubarannya.

---

Maszlee Malik merupakan ahli parlimen Simpang Renggam dan Menteri Pendidikan Malaysia dari tahun 2018-2020. Beliau pernah mengajar UIAM dari tahun 2000-2018, dan telah menulis beberapa buku akademik, fiksyen dan bukan fiksyen yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa di dalam dan luar negara. Buku ini merupakan hasil kajian beliau sewaktu menjadi pensyarah di UIAM dari tahun 2013-2016.