Macam Mana Kalau, Kali Ini Kita Berjaya? By Dr Ashraf Rostam
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 32.00
Share
Penulis: Dr Ashraf Rostam
Penerbit: IMAN Publication
Tahun Terbitan: 2024
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 97896297665184
Bil. Muka surat: 201
Format: Paperback
Harga: RM32.00
Berat: 0.2kg
Sinopsis
Aku nak jadi somebody. Aku nak bahagia.
Mencari haluan hidup yang tepat untuk diri sememangnya menyerabutkan jiwa. Ia tiada panduan. Ia menakutkan. Kita diharapkan terus berjaya, dan dipandang serong jika tersilap.
Lama-kelamaan, kita seperti kehilangan diri yang dibayangkan dulu. Mana cita-cita dan semangat berkobar-kobar itu?
Apalagi bila melihat orang lain mencapai apa yang kita mahukan. Perasaan ini pedih dan tidak selesa.
Perjalanan terhenti di sini. Laluan ini tidak sesuai untuk kamu.
Kecewa. Hilang kata-kata.
Mungkin sebenarnya, berjaya atau tidak bukanlah yang utama. Yang penting ialah cara kita mengatasi ketakutan dan meyakini diri. Kadang-kadang, kita kena cuba saja dulu.
Kita semua ialah work-in-progress
Dalam buku ini, Dr. Ashraf berkongsi tentang perjalanan diri yang mahu menjadi doktor tetapi membawa ke arah sesuatu yang lain. Melalui pengalaman, kajian sains serta contoh real, beliau mengajak kita untuk melihat kehidupan sebagai sebuah eksperimen!
Setiap kejayaan dan kegagalan merupakan cebisan hidup yang semakin menguatkan kita. Macam mana kalau, kali ini kita berjaya?